Hola..
Kali ni percubaan aku membuat spaghetti plak..bukan setakat carbonara dengan bolognese skali aku cuba. Memang mood itali la hujung minggu aku hari tu. Sebenarnya xberniat pun nak buat spaghetti ni, pagi sabtu tu terasa nak buat meatball. Saja nak buat makan2 je, dan nak simpan sikit buat stok kat tempat beku. Tiba2 petang akak kata nak datang umah saja jalan2, tu yang datang idea nak buat spaghetti carbonara tu. Tengok barang2 macam ada je semua, tgok jam baru kul 3 lebih, aku pun mula la masuk dapur kelentang kelentung sorang2...elok lak ayah ngan anak2 nya tido memang xda gangguan la nak memasak petang tu...
MEATBALL BAKAR
Bahan2 : Daging kisar, lada hitam, bawang putih, bawang besar, telur, tepung gandum dan garam..
![]() |
Gambar ni tengok meatball je dulu ..haha. |
Cara2nya : Basuh daging kisar dan toskan. Gaulkan dengan garam, lada hitam yang ditumbuk halus, bawang putih ditumbuk, bawang merah didadu, telur sebiji dan tepung gandum. Bila da sebati aku kukus atas dapur sekejap nak bagi daging tu separuh masak dulu. Sejukkan dan buat bulat2 sampai habis. Bakar kat oven. Nak goreng pun boleh tapi menu kat rumah ni mesti less oil sbb nak pastikan muhd xbatuk lagi. " Makan untuk sihat lebih dan sedap sikit". Haha siap ada moto lagi...
CARBONARA SOS
(rujukan asal: Puan Azie)
Bahan2 : Mushroom/chicken soup setin, bawang putih, bawang merah, keju cheesdale kraft, sosej, susu full cream dutchlady sekotak kecil, lada hitam, garam.
![]() |
Cara2nya: Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang didadu dengan butter tapi aku guna minyak jagung je. Masukkan sosej yang dihiris halus atau ayam/daging kisar. Aku letak sosej je pasal daging da habis buat meatball. hehe..Angkat dari kuali dan letak dulu tepi. Tuang mushroom or chicken soup tadi dalam periuk dan tambahkan dengan setin air (guna tin mushroom tadi). Kacaukan atas api dan tambah bahan yang ditumis tadi. Tambahkan susu kotak tadi. Dah mendidih masukkan keju tu dalam 2/3 keping. Masukkan lada hitam dan garam. Biarkan kuah pekat sedikit dan siap..
Boleh je masukkan mushroom soup trus kat dalam kuali menumis tadi tapi sebab prinsip"less oil" kan...
* Huhuhu ayah kata sedap macam makan kat pizza lak..da berjaya la kiranya ni..
BOLOGNESE SOS
(main hentam je..)
Bahan2: bawang putih sebiji, bawang besar sebiji (bawang holland kalo ada), cili kisar, tomato, keju kraft, garam, gula, susu cair / susu segar, daging burger sekeping.
Cara2nya: Tumiskan bawang yang didadu hingga kekuningan, masukkan cili kisar lebih kurang sesudu, masakkan hingga masak dan masukkan daging burger yang da dilembutkan. Guna daging kisar pun boleh tapi aku saja nak habiskan daging burger yang tinggal sekeping tu. Tambah air sikit sampai berkuah, masukkan tomato yang didadu. Tambahkan susu cair (balance buat sagu sabtu petang tu). Dah mendidih masukkan keju sekeping. Rasakan dengan garam dan gula. Kalo xcukup masam tambahkan tomato sos. Masak sampai kuah agak pekat. Siap..
* Bolognese xsempat nak snap photo sebab buat malam tadi tuk makan ngan zul je. Dia kata sedap kalo buat inti telur bungkus pun boleh ni. xtau la perli ke puji. hahaha...
Ok la penat la pulak buat entry panjang2 nie...bestnya kalau hari2 hujung minggu...huhuhu...
![]() |
Wan dan Atok bersama cucu2 lelaki..Superhero in the making... |
![]() |
Ni pulak cucu2 perempuan yang brutal...abg muhd kemain seronok lagi bila sepupu2 dia datang... |
...out....
No comments:
Post a Comment