30 October 2013

ROTI ARAB CECAH SAMBAL TUMIS

Salam and gud m0rning...

Sebelum start keje ni, nak update sket diary ni. Dah lama xcerita bab masak memasak kan, sebabnye 2 minggu kebelakangan ni asef xberapa sihat. Jadi masa memasak pun kurang. Tapau je mana yang sempat kadang2 beli kat kedai, kadang2 wan ngan nekma kirimkan lauk dan kadang2 lak uncle fastfood je masakkan for dinner kitaorang sekeluarga. 

Baru baru ni masa round2 kat Tesco, terjumpe la roti arab segera. Elok je tinggal sebungkus, dengan xberpikir panjang aku pun terus je amik masuk troli. Bukan ape, aku sebenarnya belum pernah beli roti arab segera tu sebab selalu time lalu kat tempat roti xperasan pulak roti tu. Dah beli balik umah baru la google nak buat menu ape dengan roti tu. Hehehe...kesian aku...orang lain da buat roti arab sendiri aku baru nak cari menu yang sesuai. Hik..hik..rupenye banyak gunanye...boleh makan cicah kari/ sambal tumis, buat base pizza pun boleh..

Ok la, just nak share menu sarapan yang simple dan cepat ni...
Sedap roti ni lembut dan gebu bila dipanaskan atas kuali tanpa minyak ataupun boleh bakar kat oven sekejap. Buat sarapan adik asef...

Ni pulak sarapan untuk my husband, ingat xmakan rupenye habis dia makan.


Abang Muhd plak....



Muhd pagi2 makan sarapan menu berat2 je, nasi lemak, nasi goreng, meehoon ke dll.. dia xnak makan kalau bagi roti ke kuih2 ke. kalo buat sarapan kuih2 ni kenela belikan dia lain utk sarapan. Sebab dia turun abes perangai ibu dia. hehehe...

Ok2...nanti sambung la cerita lagi...out...

9 October 2013

TEKNIK BERCAKAP DENGAN ANAK

Salam. 

Wah seronok betul membaca teknik mendidik anak dari Team excelqhalif. Banyak info, walaupun xdapat nak join, sekurang2nya dari web ni dia dah buka minda ibu bapa macam aku untuk lebih faham tentang keperluan kanak2. Bagi parent yang bekerja, xdapat nak selalu dengan anak2 ni, bila ada masa hujung2 minggu tu harus kita gunakan sebaik2 nya masa untuk pengisian2 yang bermanfaat. Masa ni lah pun nak praktikkan pelajaran  x formal yang baik2 untuk anak. 

Kadang2 sedihkan xdapat nak menjaga anak sendiri, kene hantar pengasuh. Bila petang baru ambil, jap lagi anak2 dah nak tido, bangun pagi2 dah nak bawak balik pegi rumah pengasuh. Ulang2 sampaila jumaat. Hari sabtu ahad baru ada masa dengan anak2, itupun kadang2 'fail' jugak. Sedih2..aku sejujurnya sangat2 takut kalau anak aku sayang pengasuh lebih dari aku.. heheh...mungkinla x sbb anak dan ibu kan kuat 'natural bonding' nya. Tapi dah kalau 5 hari duk ngan pengasuh dan 2 hari je ibu jaga...manala ibu xrisau... aku memang kuat jeles. Sebab tu aku akan pastikan aku hantar kat rumah pengasuh selewat2 yang mungkin dan ambil balik secepat2 yang mungkin. Sebab tu aku selalu punch card merah kat ofis. Hahaha...hujung minggu aku akan pastikan program aku mesti ada anak2 aku sekali. Nak pergi mana pun mesti angkut 2 hero tu sekali. 

Dah2 tu kalau bab menulis isi hati ni memang xleh berenti ni kang, apapun ni ilmu baru dapat@ baca dari team excelqhalif. Tq berkongsi ilmu parenting ni...


4 Teknik Agar Kita Bercakap dan Anak Mendengar Arahan 

Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.

Terdapat 4 teknik yang boleh meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.

parent-talking-to-child1) Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak

Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’ yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.


blog-post2) Elakkan salah faham 
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan. Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.

3) Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.


j0422333-1024x6794) Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi. Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu. Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.


focus
Kesannya, apabila kita berjaya dalam berkomunikasi dengan anak yang mana mereka mendengar apa yang kita cakapkan, itulah titik mula untuk melatih mereka untuk fokus. Fokus anak memang susah untuk dibentuk kerana mereka penuh dengan pelbagai perkara yang ingin dicuba.

Tetapi komunikasi adalah perkara yang setiap hari kita lakukan bersama mereka, dari situlah fokus mereka secara tak langsung dibentuk. Cumanya, kita kena cakap secara betul, jelas agar deria telinga mereka terangsang dengan optimum.

...Alang- alang belajar biar sampai jadi cikgu tadika ni besok...;o hik2..

6 October 2013

SPAGHETTI AND MEATBALL

Hola..

Kali ni percubaan aku membuat spaghetti plak..bukan setakat carbonara dengan bolognese skali aku cuba. Memang mood itali la hujung minggu aku hari tu. Sebenarnya xberniat pun nak buat spaghetti ni, pagi sabtu tu terasa nak buat meatball. Saja nak buat makan2 je, dan nak simpan sikit buat stok kat tempat beku. Tiba2 petang akak kata nak datang umah saja jalan2, tu yang datang idea nak buat spaghetti carbonara tu. Tengok barang2 macam ada je semua, tgok jam baru kul 3 lebih, aku pun mula la masuk dapur kelentang kelentung sorang2...elok lak ayah ngan anak2 nya tido memang xda gangguan la nak memasak petang tu...


MEATBALL BAKAR

Bahan2 : Daging kisar, lada hitam, bawang putih, bawang besar, telur, tepung gandum dan garam..

Gambar ni tengok meatball je dulu ..haha.



Cara2nya : Basuh daging kisar dan toskan. Gaulkan dengan garam, lada hitam yang ditumbuk halus, bawang putih ditumbuk, bawang merah didadu, telur sebiji dan tepung gandum. Bila da sebati aku kukus atas dapur sekejap nak bagi daging tu separuh masak dulu. Sejukkan dan buat bulat2 sampai habis. Bakar kat oven. Nak goreng pun boleh tapi menu kat rumah ni mesti less oil sbb nak pastikan muhd xbatuk lagi. " Makan untuk sihat lebih dan sedap sikit". Haha siap ada moto lagi...







CARBONARA SOS 
(rujukan asal: Puan Azie)

Bahan2 :  Mushroom/chicken soup setin, bawang putih, bawang merah, keju cheesdale kraft, sosej, susu full cream dutchlady sekotak kecil, lada hitam, garam.



Cara2nya: Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang didadu dengan butter tapi aku guna minyak jagung je. Masukkan sosej yang dihiris halus atau ayam/daging kisar. Aku letak sosej je pasal daging da habis buat meatball. hehe..Angkat dari kuali dan letak dulu tepi. Tuang mushroom or chicken soup tadi dalam periuk dan tambahkan dengan setin air (guna tin mushroom tadi). Kacaukan atas api dan tambah bahan yang ditumis tadi. Tambahkan susu kotak tadi. Dah mendidih masukkan keju tu dalam 2/3 keping. Masukkan lada hitam dan garam. Biarkan kuah pekat sedikit dan siap..
Boleh je masukkan mushroom soup trus kat dalam kuali menumis tadi tapi sebab prinsip"less oil" kan...


* Huhuhu ayah kata sedap macam makan kat pizza lak..da berjaya la kiranya ni..




BOLOGNESE SOS
(main hentam je..)

Bahan2: bawang putih sebiji, bawang besar sebiji (bawang holland kalo ada), cili kisar, tomato, keju kraft, garam, gula, susu cair / susu segar, daging burger sekeping.

Cara2nya: Tumiskan bawang yang didadu hingga kekuningan, masukkan cili kisar lebih kurang sesudu, masakkan hingga masak dan masukkan daging burger yang da dilembutkan. Guna daging kisar pun boleh tapi aku saja nak habiskan daging burger yang tinggal sekeping tu. Tambah air sikit sampai berkuah, masukkan tomato yang didadu. Tambahkan susu cair (balance buat sagu sabtu petang tu). Dah mendidih masukkan keju sekeping. Rasakan dengan garam dan gula. Kalo xcukup masam tambahkan tomato sos. Masak sampai kuah agak pekat. Siap..

* Bolognese xsempat nak snap photo sebab buat malam tadi tuk makan ngan zul je. Dia kata sedap kalo buat inti telur bungkus pun boleh ni. xtau la perli ke puji. hahaha...

Ok la penat la pulak buat entry panjang2 nie...bestnya kalau hari2 hujung minggu...huhuhu...

Wan dan Atok bersama cucu2 lelaki..Superhero in the making...

Ni pulak cucu2 perempuan yang brutal...abg muhd kemain seronok lagi bila sepupu2 dia datang...
...out....

TENGGIRI GULAI TEMPOYAK...

Salam...urm...monday blues betul la pepagi senin ni..buat ape pun mesti lintang pukang padahal bangun awal da pagi tadi..Sempat lak tu layankan muhd tengok mask rider..em iyeke itu tajuk dia. ntahla aku pun xtaula, dia baru beli ngan ayah dia malam tadi tapi biasa ar muhd semua citer robot2 ni dia sebut ultraman je. kalau ryukendo pun ultraman gak...dah pukul 6 baru nak terkejar2 masak makanan asef ngan muhd. Lagi haru bila mood memasak aku datang pagi2..dari nasi bubur asef, lauk tengahari muhd, sarapan muhd merangkap sarapan aku la tu tambah lagi ngan sarapan asef. Semua nak buat ek, pastu kelam kabut sendiri.. hehe no wonder la aku selalu lambat sampai ofis...ehehehe...
Eh..jauh lak pegi gulai tempoyak tadi...sekadar nak menambah resepi di sini, mana la tau nanti kalo anak bujang aku da besar kot nak try masak leh la tgok blog ibu dia ni...hehe baru rasa sama cam air tangan mak dia..haha macamla air tangan mak dia sedap sangat...lantak....

Tenggiri Gulai Tempoyak da separuh makan...tgok kesan kuah yang dah luak pun ada.  hehe seni la konon....

TENGGIRI GULAI TEMPOYAK

Bahan2: Ikan tenggiri, cili api, kunyit, santan, asam keping, tomato, tempoyak, garam secukupnya... 

Jom masak: Mula2 masukkan ikan yang da siap basuh  dalam periuk, letakkan cili api yang da ditumbuk halus, kunyit serbuk (kalo rajin tumbuk skali kunyit hidup ngan cili api...aku xrajin) dan asam keping. Tambahkan sikit je air, masakkan atas dapur. Xpayah lama2 sangat nanti hancur lak ikan, pastu masukkan santan dan terus masukkan garam. Kacau jangan berhenti supaya kuah santan tu xberbintil2. Teknik kacau kuah ikan, jangan godak just senduk sikit curah balik sampaila menggelegak. Bila dah kuah pun da menggelegak, tambahkan sesudu besar tempoyak kalo nak lebih letak lebih sikit. Aku suka tempoyak yang baru buat sebab ada rasa manis durian and kuah pun nanti ada manis sikit. Ok..

Kalau da selalu memasak kat umah kadang2 rasa macam itu je menu nak buat, tu yang minggu ni tambah tempoyak plak...Zul kata..ada kelainan sikit baru xjemu nak makan. huhuhu...out...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)