Showing posts with label Dunia Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Keibubapaan. Show all posts

15 September 2016

TASKA...

Erm..minggu ni feeling bercampur2 la pulak.. tapi minggu yang besar untuk adik Asef.. hari - hari pertama dia ke taska.. langkah kecil untuk permulaan yang besar..;)
Bila tengok dia meraung- raung tadi luluh hati ibu nak tinggalkan adik. Tapi bila di pikir- pikir sampai bila pulak, adik dah nak masuk 4 tahun, nak tak nak kena la jugak hantar ke taska. Dulu duduk umah pengasuh ok tapi rasenye x terkejar ibu pagi- pagi nak hantar adik pastu baru hantar abang ke sekolah. So mulai sekarang kita tukar pulak, hantar abang dulu baru hantar adik..


***************************

Alhamdulillah... Hari ni genap seminggu adik duduk taska.. Misi utama tercapai.. Abang da boleh sampai awal sikit pagi2. So nanti nak masuk pra sekolah senanglah. Tapi...tapi...huhu ibu penat sangat pulak pagi2. Sampai ofis termengah- mengah pulak..Mana taknya..perjalanan 30km setiap pagi..huhu..penatnye...

Ehe tapi sebenarnya ramai je yang drive lebih jauh dari aku pagi2..eh tapi I masak pagi2 tau..ehe orang len pun masak gak..



Em bergaya tak orang nak pegi taska.. hehe..geram tengokkan..melaram je, ibu da cam supir lak..comot je pi keje.. hikhik..

Tips nak cepat pagi2:
  1. Kunci jam lebih awal daripada masa nak bangun tidur.. so kalo berbunyi pun ada la lagi masa nak lentok sana sini..
  2. Siapkan list menu nak masak pagi2 tu.. at least tuk seminggu. supaya pagi2 xpayah nak pikir2 dah ape menu nak masak.
  3. Bagi2 tugas ngan Mr. Husband dalam menyiapkan anak2.. sebab dua2 pun nak bangun pi keje kan.
  4. Packing baju2 anak tuk bawa ke taska waktu malam bukan pagi2 supaya senang nak jumpe bile cari. Bangun pagi mamai2, benda depan mata pun belum tentu nampak.
  5. Iron baju keja malam2. atau nak rajin lagi hujung minggu.. tapi yang ni aku tetap buat setiap pagi..sebab..malas. 
  6. Kejut anak pagi2 mesti pandai psiko, lebih2 lagi kalau anak memang jenis yang tantrum. Kalo cakap tegak je confirmla lambat habis drama bangun tido pagi tu.
  7. Siapkan stok bawang blend, ikan bilis blend, cili blend.. so nak masak pagi pagi tu senang..
  8. Hujung minggu tu buatlah kuih2 frozen..karipap ke.. donut ke..popia ke etc.. Nanti pagi2 senang lah. Nudget, burger, kentang supermarket tu boleh gak tapi JANGAN selalu sangatlah.. Air tangan ibu kan lebih afdhal...huhu.
  9. Nanti bila2 kita tambah lagi tips nak cepat pagi2...;) 
********************************


p/s : hik..hik..ini kisah setahun yang lepas baru teragak nak post.. saje nak mengembalikan mood menulis blog ni..




3 November 2013

ANTARA AMALAN KITA SUPAYA ANAK MENDENGAR KATA

Panduan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca artikel ni..
Sumber: sini

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada  ibu  bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  (preschool  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah ketiadaan komunikasi  dua  hala  di  antara  ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan  (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan  oleh  anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration  (kekecewaan) kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.

  TIPS MENGATASI MASALAH ANAK TIDAK MENDENGAR KATA

1.  Kanak-kanak  sangat  memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua  ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan  mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang kita  lakukan  dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.  Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact  sangat  penting  di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2.  Sebaik  sahaja  kita  pulang  dari  bekerja  dan  mengambil  anak  dari nurseri, luangkan  masa  setengah  jam  terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus  ke  dapur  memasak,  angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama kita kepada  anak.  Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di  rumah  bersama  bibik  atau  di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta  nyatakan  di  telinganya,  papa/mama  sangat  sayangkannya.  Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah kita minta diri untuk ke dapur dsb.  Insya  Allah  anak  akan  lebih  mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3.  Ajarkan  anak  dengan  perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan  sesuatu  dan  tuan/puan  tidak  dapat  berikannya  kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu  sahaja  atau  bersikap  acuh tidak acuh kerana sebenarnya kita sedang mengajar  anak  agar  tidak  menghiraukan  kita  sekiranya  kita pula yang memanggilnya.  The  right  way to make her listen to you is by listening to her  first.  Kita  tidak  boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah  tidak menjadikan  ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru  setiap  perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4.  Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya  yang  tersendiri.  Anak  yang  suka menjerit walaupun tidak mempunyai  apa-apa  sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak  ini  memang  sangat  sukakan  perhatian.  Oleh  itu  jika  anak  ini menjerit, berilah  perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan  sekiranya  dia  menyanyi  dengan  kuat dsb. Walau bagaimanapun, kita boleh  mengajarkan  kepadanya  bahawa  perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus  kerana  boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur. Sekiranya anak suka  menjerit,  kita  boleh  suruh  dia  mengadap  dinding yang kosong dan menjerit  di  situ  berulangkali  sehingga  dia letih. Insya Allah dia akan kurang  suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin  dia  akan  berhenti  menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya  dia  mengulanginya  semula,  kita suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah  (gula-gula  dsb)  jika kita dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang  menjerit  dalam  satu  hari sebagai positive reinforcementKatakan padanya,  papa/mama  beri  hadiah  coklat  kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah  anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian kita terhadap kelebihan tersebut,  jangan  ingati  kekurangan  anak  dan doakan setiap kali selesai sembahyang  agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak  dengan  semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali kita berinteraksi  dengan  anak.  Boleh  juga kita berbuat demikian setengah jam setelah  anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di  ubun-ubun  kepalanya,  cium  dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan  perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama  harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak  suka  kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan  didapati  sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Kita juga boleh membacakan  surah  AlFatihah,  Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.  Semoga  kita  lebih  bersabar,  jangan  ignore  anak dan cubalah memahaminya.  Fahami  dunia  anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.  Bayangkan  perasaan  anak  apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba  dibuatnya  hanyalah  meneroka  alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga  galakan kepada anak. 

Sekian, jangan  berputus asa dengan anak kerana  ia  akan  membuatkan  anak  berputus  asa  terhadap  kita  sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.


9 October 2013

TEKNIK BERCAKAP DENGAN ANAK

Salam. 

Wah seronok betul membaca teknik mendidik anak dari Team excelqhalif. Banyak info, walaupun xdapat nak join, sekurang2nya dari web ni dia dah buka minda ibu bapa macam aku untuk lebih faham tentang keperluan kanak2. Bagi parent yang bekerja, xdapat nak selalu dengan anak2 ni, bila ada masa hujung2 minggu tu harus kita gunakan sebaik2 nya masa untuk pengisian2 yang bermanfaat. Masa ni lah pun nak praktikkan pelajaran  x formal yang baik2 untuk anak. 

Kadang2 sedihkan xdapat nak menjaga anak sendiri, kene hantar pengasuh. Bila petang baru ambil, jap lagi anak2 dah nak tido, bangun pagi2 dah nak bawak balik pegi rumah pengasuh. Ulang2 sampaila jumaat. Hari sabtu ahad baru ada masa dengan anak2, itupun kadang2 'fail' jugak. Sedih2..aku sejujurnya sangat2 takut kalau anak aku sayang pengasuh lebih dari aku.. heheh...mungkinla x sbb anak dan ibu kan kuat 'natural bonding' nya. Tapi dah kalau 5 hari duk ngan pengasuh dan 2 hari je ibu jaga...manala ibu xrisau... aku memang kuat jeles. Sebab tu aku akan pastikan aku hantar kat rumah pengasuh selewat2 yang mungkin dan ambil balik secepat2 yang mungkin. Sebab tu aku selalu punch card merah kat ofis. Hahaha...hujung minggu aku akan pastikan program aku mesti ada anak2 aku sekali. Nak pergi mana pun mesti angkut 2 hero tu sekali. 

Dah2 tu kalau bab menulis isi hati ni memang xleh berenti ni kang, apapun ni ilmu baru dapat@ baca dari team excelqhalif. Tq berkongsi ilmu parenting ni...


4 Teknik Agar Kita Bercakap dan Anak Mendengar Arahan 

Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.

Terdapat 4 teknik yang boleh meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.

parent-talking-to-child1) Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak

Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’ yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.


blog-post2) Elakkan salah faham 
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan. Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.

3) Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.


j0422333-1024x6794) Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi. Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu. Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.


focus
Kesannya, apabila kita berjaya dalam berkomunikasi dengan anak yang mana mereka mendengar apa yang kita cakapkan, itulah titik mula untuk melatih mereka untuk fokus. Fokus anak memang susah untuk dibentuk kerana mereka penuh dengan pelbagai perkara yang ingin dicuba.

Tetapi komunikasi adalah perkara yang setiap hari kita lakukan bersama mereka, dari situlah fokus mereka secara tak langsung dibentuk. Cumanya, kita kena cakap secara betul, jelas agar deria telinga mereka terangsang dengan optimum.

...Alang- alang belajar biar sampai jadi cikgu tadika ni besok...;o hik2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)