26 September 2013

PETUA ERATKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Salam... lama xmenulis. Tapi nak share something nice yang aku baca dari blog nieh.. Banyak ilmu2 yang aku belajar dari blog ni, ilmu yang penah tau masa sekolah2 dulu tapi bile da keje ni lupe dah...pun ada gak cni.. Ok jom2 kita blaja cara-cara membaja kasih sayang suami & isteri...



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri iaitu:





















........Alangkah bagusnya kalau kedua2 belah pihak sentiasa berusaha menggembirakan pasangan masing-masing ...........out..

20 September 2013

AGAR AGAR KELAPA MUDA


Salam...
Ni gambar projek hujung minggu aku hari tu.. bersempena dengan sambutan besday mak yang jatuh pada hari Khamis 12 September...jadi disebabkan nak buat spesel sket so kenela postpone hari sabtu nye. Family sume dah plan nak buat tema ala-ala ikan bakar, jadi aku pun puas la memikir apa nak buat sebab ikan, sotongnye, sambalnye, ns lemaknye, suma da ada chefnya tersendiri. At last teingat lak xda sapa lagi buat dessert nye, so aku pun plan nak buat Jeli Kelapa, tapi pegi search Agar2 Kelapa plak, so jadila agar2 kelapa..hehe..ingat xde beza pun...rupenye lain.... Anyway ni resepi agar2 kelapa tapi kalo nak jadikan jeli kelapa, just tambah air 2x ganda dari resepi ni. tapi aku pun lum try lagi..da try nanti aku publishkan kat cni ye...

AGAR- AGAR KELAPA MUDA

Bahan :
 Sepeket agar-agar
 Air seliter (boleh kurang sikit kalo malas nak kacau lama2)
 Gula (ikut citarasa)
 Air Kelapa Muda (2biji)

Caranya :
 Masakkan agar-agar, gula dan air sehingga mendidih dan pekat sedikit. Tambahkan air kelapa muda dan kacau hingga likat. Potong isi kelapa halus2 xpun tarik2 je ngan sudu letak dalam bekas, then curahkan larutan agar2 tadi. Biarkan sejuk dan membeku. 

* Kalo Jeli Kelapa Muda xbeku sampai boleh potong2 susun dalam piring, tapi agar2 boleh potong2 macam kuih...best je rase dua2 pun...

Ikan Bakar duk berbungkus dalam daun pisang lagi...

Masak lemak cili api ayam tetap kene buat walaupun xmasuk dalam tema ikan bakar pasal tu menu wajib keluarga.
Kek plak xda masalah, sebab chefnya adik aku so cakap je nak macammana. Lupe nak zoom gambar kek, tapi
red velvet cake la namanye...


Pulut kuning pun lari dari tema sebab ade request dari ayah...

Ok la, cukup untuk hari ni...makan2 hari lahir mak...sayang mak very much..out...




10 September 2013

SUP SPIRAL PASTA

Untuk 1st time nye aku masak selera mat saleh. hehe. Lari dari kebiasaan plak. Saje je nak upgrade skill memasak ni. cari2 kat internet terjumpe la resepi ni...Pasta lak da beli masa pi Giant hari tu, saje beli sebab nampak menarik walaupun lum tau nak masak ape. hehe..kesimpulannya best juga menu ni bila disesuaikan dengan selera malaysia..

SUP SPIRAL PASTA 


Spiral Pasta Soup with sambal kicap...


Bahan2:
Spiral pasta - direbus dan diletak sedikit minyak masak dalam air tu...toskan..duk diam2..
Hirisan daging ayam yang telah direbus
bebrapa biji lada hitam ditumbuk
1/2 biji bawang merah dimayang
2 biji bawang putih ditumbuk
carrot dan sawi
1/2 biji tomato didadu
air rebusan ayam (kalo malas kiub ayam)
bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis (4 sekawan)
tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)

Cara nak masak: 
Tumiskan 4 sekawan tu, pastu masukkan bawang. Bila bawang da kekuningan masukkan air rebusan ayam atau air biasa tambah kiub ayam. Didihkan. jgn lupe tambahkan garam. Tambahkan lada hitam. Pastu tambahkanla sayur carrot ke, sawi ke, baby corn ke, brokoli ke lagi banyak lagi menarik rupe dia nanti. Untuk likat sikit sila bancuhkan sesudu tepung jagung dengan air, tambahkan dalam sup. Bile sayur da lembut masukkan pasta yang da siap direbus tadi. masak sekejap je..taburkan bawang goreng..hidang panas2..bezzzz...

* Kebetulan masa makan hari tu, ada sambal kicap cili api jadi aku tambahkan la, pada aku lebih sedap tapi tuk anak2 aku xdela letak. Sesuai tuk sarapan or minum petang...


Spiral pasta goreng lembab ala2.. mee goreng lembab la kiranya...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)