27 August 2013

NASI DAGING SIMPLE

resepi..resepi..resepi...erm da macam blog masakan plak. Tapi dah itu rutin aku hari2. Celik je mata masak bekal tuk anak2 pi rumah pengasuh, pastu siap2 pergi ofis. Balik je rumah, masak lagi untuk makan malam plak. Lepas makan...tido..hehehe. Ulang2 dari isnin sampaila jumaat. Sabtu Ahad baru la nak rest sikit.. and nak cube resepi baru. Itupun kalo x berjalan kemana2 la.. Tapi nak citernya malam tadi gak aku da try resepi baru, xsempat nak tunggu cuti dah..dan hasilnya amat mengujakan..dan juri tetap aku makan bertambah2. Juri tetap tu memang xkan memuji, bila sedap dia makan banyak, kalo makan sikit maknanya xsedap la tu...sebagai bukti aku da berjaya buat nasi ni, so kenela letak resepi dan gmbr kat diary maya ku ini...nnt senang kalo nak buat lagi..

Ha ni la nasi daging yang buat malam tadi tapi gambar ni snap time lepas makan, so bahan2 pun tinggal sikit2 je. Kari Sayur ala dalca tu sebagai lauk tambahan je sebab macam xconfident je nak makan daging ngan air asam semata. Maklumla first time try..

NASI DAGING (utk 2 orang makan)
Resepi asal : tq terminalhijrah 

Bahan nasi...
- 3 cup beras (nak best guna Basmathi ke, tapi kalo xda guna je beras biasa)
- 3 sudu susu cair
- mentega (atau minyak sapi)
- 1/2 biji bawang besar - dihiris *
- 2 biji bawang putih - dihiris*
- 1 cm halia dihiris*
- Kulit kayu manis dan buah pelaga *
- tomato puree / tomato sos sesudu besar
- air rebusan daging

Caranya : Tumiskan bahan bertanda * dengan mentega. Masukkan bahan tumis tu dalam beras yang sudah siap dibasuh. Kacau2 sikit dan tambahkan air rebusan tadi mengikut sukatan macam kita masak nasi putih tu je. Bila nasi da kembang sikit tambahkan susu cair dan tomato puree tadi. Boleh je tambahkan kismis dan bawang goreng ke.

Daging Rebus. Buat ciput je untuk dua orang makan la katakan.

Bahan Air Rebusan Daging...
- Daging dihiris nipis (nak cepat empuk)
- Kulit kayu manis, Buah pelaga, Bunga lawang, Bunga cengkih - takut nak letak byak pasal buat sikit, so letak sume seketul2 je.
- 1/2 sudu besar rempah kurma ayam/daging
- 1/4 sudu teh jintan manis
- 1/4 sudu teh jintan putih
- Sedikit lada hitam ditumbuk kasar
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya untuk merebus daging (jgn banyak sangat kalo daging sikit nanti xterasa lak stok daging tu.

Caranya : Campurkan semua bahan tu dan rebus daging sampai empuk. Tapis daging dan asingkan air air rebusan tu. Boleh je masak sekali ngan nasi tapi sebab nak senang meratah, so asing2 jela.

Air Asam

Bahan Air Asam...
- Sebiji bawang besar didadu
- Sebiji tomato didadu
- Cili padi dihiris
- Udang kering (digoreng garing dan tumbuk halus)
- Perahan limau nipis
- Garam
- Gula
- Sos tomato sesudu
- Air

Caranya : Campurkan semua bahan. Gaul2 sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Nick Michael  Masterchef kata kalo nak sedap ramas dengan tangan..

Kari Sayur Ala Dalca

Em ni menu tambahan je. Nak buat dalca xde kacang dhal kat umah jadi buatla kari sayur. Tumis je macam masak kari, masukkan ayam yang dipotong kecil2. Masuk je sayur2, carrot, kacang panjang, tomato. Ok da siap...suami aku kata boleh buat lagi...jadi tq pada blog yang ajar ni. memang sedap walaupun banyak da outer sebab bahan2 banyak yang xda kat umah. out...






25 August 2013

NUDGET AYAM MINI

Yea yea akhirnya jadi gak nudget buatan sendiri ni. Dulu masa Muhd kecik2 pernah je try buat tapi macam xsecun yang kali ni. Skang da terel da buat nudget, so pasni boleh buat stok dalam peti sejuk lak. Tapi macam mana nak tau expired dia ek..nak tanya kat sapa nie..supaya xlupe resepi mana yang try hari tu..lebih baik abadikan dalam blog ni..hehehe...

* Hehehe gambar pun nak tiru gak...


NUDGET AYAM MINI
(resepi asal : tq resepiibundo)

1/2 bungkus ayam kisar (Ramly)
5 sudu Tepung Jagung 
Daun bawang dan Sadri dihiris halus (resepi asal guna parsley kering tapi sy xda stok tu kat umah)
1 sudu kecil serbuk lada hitam (tp masa buat agak2 je)
Seulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 biji bawang besar (tumbuk halus)
Garam secukupnya (sy kurangkan)
1 kiub ayam (tp sy xletak pun)
1 biji telur ayam
breadcrumb secukupnya

Mula- mula kita campurkan ayam kisar tu dengan tepung jagung, garam, lada hitam, bawang besar, bawang putih, dan hirisan daun sadri tadi. Gaul2 sampai sebati. Kalo lembik sangat tambahla tepung gandum sikit. Kalo ok xpayah..Masukkan dalam pengukus dan kukus sekejap. Sejukkan dan buat bulat2 atau corak yang kita suka. Pastu lumur dengan telur dan golekkan dalam breadcrumb. Gorengla atas dapur hingga kekuningan...Siap ler nudget..Packing and bawak pi berkelah...

* Saya kurangkan garam dan xletak kiub ayam tu pasal nak jadikan snek untuk adik asef..kalo orang besar yang nak makan letak la.
Boleh salut dengan golden breadcrumb kalo nak lagi menarik tapi kat rumah ada yang white breadcrumb je..

Goreng dengan api slow sebab breadcrumb cepat hangus...

...out...


21 August 2013

Superhero..

m0rning! abang Muhd as a Superhero...
Muhd dengan costume spiderman..hehe

Muhd dengan costume ultraman..hehe

Muhd dengan costume spiderman..hehe barula smart sikit..sebelum ni kalo muhd nak jadi superhero suh je ayah lukis kat hp. Seronok la dia, hari2 nak tengok muke dia jadi hero. Jap lagi banyakla yang terpaksa berlakon watak jahat supaya hero boleh berlawan. Biasenya ayah diala yang jadi saksa (raksaksa). Hehe.. nanti ibu tambah lagi gambar abg dengan costume batman lak ye..out..

My Boy... My Batman..

Ingatan tuk diri sendiri... Setiap saat amat berharga untuk bersama anak2, lebih2 lagi bagi ibu yang bekerja, supaya bila anak2 dah besar nanti dia pulak akan meluangkan masanya untuk kita. InsyaAllah...


20 August 2013

Nasi Lemak Kukus Mudah dan Ayam Breadcrumb Simple..

Salam...selamat pagi..seronok juga menulis ni yer..macam tulis diary la tiap2 malam sebelum tido mesti kene update dulu. Tapi tu kalo bujang bolehla, kalo dah berkeluarga ni, xsempat nak tulis2 diary dah. Setiap saat berharga untuk rehatkan diri, lebih2 lagi kalo anak yang masih baby. Nanti tengah malam nak bangun minum susu lagi, tukar pampers lagi...so xpayahla berdiary bagai..kita berblog aje di pagi hari...hehe..just nak share menu menyambut abang datang beraya malam tadi..tapi xsempat nak ambil gambar sebab tetamu da sampai awal..hehe..
Gambar : Google Images

Lebih kurang macam ni la rupenye malam tadi cume x ada kacang je. Bagi memastikan semua siap sebelum Maghrib, flow kerja kita mesti betul. Memula skali...

Telur Rebus
Basuh telur ayam beberapa biji (ikut suka) dan rebuskan atas dapur..ok boleh tinggalkan dulu...

Nasi Lemak
4 cawan beras dibasuh dan ditoskan air..Masukkan santan dan tambah sedikit air mengikut kepekatan yang disukai..tambahkan sedikit garam..masuk lebih kurang 1 cm halia yg ditumbuk sikit. Kalo ada daun pandan masukkan la, lagi sedap bau nanti. Masakkan je dalam rice cooker. Sesekali kacau la nasi tu. Bila air nasi da kering, masukkan nasi tadi dalam pengukus yang da standby kat atas dapur. Kukus la lama2 sikit biar nasi xmentah..sukatan santan tadi biar lebih sikit dari sukatan air untuk masak nasi biasa..ok siap nasi..

Sambal Tumis
Sementara tunggu air nasi kering tadi. Tumbukkan sebiji bawang besar dan ikan bilis sikit. Tumiskan bawang dan ikan bilis tadi sampai naik bau dan masukkan cili blend. goreng sampai pecah minyak. Pastu masukkan sedikit air asam jawa. Then masukkan santan sikit. Tambah gula dan garam. Sambal nasi lemak lebih sedap kalo ada rasa manis2 sikit. Kalo xsuka xpayah letak gula tu. Belahkan 1/2 biji bawang besar untuk nampak menarik sikit, xdela kosong je nanti sambal. hehe..siap..

Ayam Goreng Breadcrumb
Basuh ayam bersih2 dan gaul dengan garam dan serbuk lada hitam/ lada hitam yang ditumbuk. Pecahkan sebiji telur dan kocak2 macam nak buat telur dadar tu. Lumurkan ayam dengan telur tu dan golekkan dalam tepung gandum. Lumur balik dalam telur tadi dan golekkan pulak dalam breadcrumb. Lagi lama golek lagi tebal la kulit dia nanti. Goreng dengan api slow macam goreng ayam kentucky tu. Kalo api kuat nanti breadcrumb cepat hangus. Ok sementara tunggu ayam masak...

Siapkan ikan bilis goreng, potong timun dan kupas telur yang da siap direbus tadi....ok tetamu datang trus boleh hidang je...out..

19 August 2013

Buat lagi Sagu Gula Melaka

Erm..malas betul nak kerja. After 2 week beraya rase macam nak terus bercuti2 Malaysia je hari2. Anyway, Selamat Hari Raya kepada semua. Dah lama xmenulis kat blog ni. Nak dekat2 raya hari tu sibuk tgok resepi2 kuih raya yang simple and sedap and senang nak buat, so xde la menulis kat cni. Pas raya lak busy beraya and bawak Muhd klinik. Athma@ semput dia datang balik. Dah lama dah xkene, tibe2 ni kene balik. Kesian abg Muhd...nasib baik adik xberjangkit sekali, kalo x lagi xtentu arah ibu nak melayan nanti.

Semalam mak buat rumah terbuka sempena menyambut abg balik bercuti raya. So nak dipendekkan cerita dia pun suruh la buat sagu gula melaka for desert rumah terbuka tu nanti. Hehehe cam xcaya je ade jugak order ni, almaklumla dulu2 bab masak ni mmg 'fail' je memanjang...jom kita cuci mata dan tekak time panas2 nie...heheh..Sagu Gula Melaka.

Best kalo disejukkan dulu dalam fridge...


Tapi untuk desert tu xletak color hijau lak, yang tuk makan sendiri ni letak color, nampak lebih selera sket..


Okla, pasni kene blaja banyak lagi tuk tambahkan skill memasak ni, barula leh jadi pakar masakan. Best ek kalo lagi 10 years aku da bley amik tempahan masak memasak. Hahaha berangan je....out.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)