25 November 2014

7 PERSEDIAAN IBU BAPA PADA HARI PERTAMA ANAK KE SEKOLAH


Alhamdulillah...hari ni masih diberi kesempatan dan kerajinan nak menulis dalam blog ni. ;)

Hari ni pagi- pagi lagi dah sibuk menyiapkan borang pendaftaran sekolah untuk abang Muhammad. Nanti kalau lambat risau pulak sekolah dah penuh. Iyela bila tanya kawan-kawan lain, anak diaorang baru umur 3 tahun pun ibu ayah dah daftar sekolah rendah mana nak masuk. So, dengan semangatnya pagi ni, aku dah applykan Muhammad Tadika JAIM yang berhampiran dengan ofis aku.

Lepas hantar borang pada cikgu tu, hihi aku pulak yang nebes terpikir macam mana muhd dah sekolah nanti. Hihi baru hantar tadika....loghat tul ibu dia. Bukan apa, Muhammad tu jenis yang lambat nak mesra dengan tempat baru. Dia take time nak serasi dengan satu- satu tempat. Jadi aku takut nanti dia kena buli dengan kawan- kawan yang dah otai atau pun yang already brutal.. Sekarang pulak budak-budak sekolah ni dah semakin ganas...masa ni terpikir kan bagus kalau ibu dia ni full time housewife...boleh duk perati dari jauh anak tu. Kalo rasa x selamat, sekejapan je supermom dah datang. Hihi..ataupun jadi cikgu sekolah ke..em boleh pastikan anak aku selamat sentiasa masa kat sekolah...tapi...dah terlambat...

Ok here's some tips... untuk parent yang baru first time nak hantar anak ke sekolah... Selain dari preparekan material anak2, mental mereka pun mesti disiapkan juga supaya nanti xdalah tantrum setiap pagi. Hihi...


PERSEDIAAN BILA ANAK MASUK SEKOLAH...
(Semua yang ditulis disini bukanlah fakta dari orang yang arif tapi cuma hasil pembacaan dan akal logik saya sebagai ibu yang mengalami situasi ini.. )

1.   Beri gambaran kepada anak kita tentang sekolah.
Beritahu mereka perkara yang baik – baik atau yang menarik mengenai sekolah. Secara logiknya, tidak ada orang yang nak pergi tempat yang menakutkan, begitu juga dengan anak kita, so beri input positif tentang sekolah kepada mereka. Buat mereka teruja untuk ke sekolah. Contohnya, beritahu anak kita di sekolah ada ramai kawan-kawan, ada padang permainan, ada nyanyi- nyanyi dll. Untuk first day, kita lebih fokus untuk buat anak minat pada suasana sekolah, belum lagi suasana pembelajaran.. betul tak cikgu – cikgu..

2.  Kenalpasti keperluan mereka pada hari pertama persekolahannya.Ibu bapa perlu mengambil tahu jadual/aktiviti anak disekolah especially untuk hari pertama ni. Siapkan beg sekolahnya, alat tulisnya, bekal makanannya, pakaian sekolahnya dan buku- buku yang perlu dibawanya. Reasonnya, supaya anak kita dapat gambaran sedikit sebanyak tentang suasana sekolahnya nanti. Selain itu, besarlah hatinya bila apa yang diminta oleh guru kelasnya dapat disediakan. Cuba bayangkan bila semua kawan- kawan ada tiba- tiba dia seorang aja yang tak dapat sediakan apa yang diminta oleh gurunya. Mesti dia rasa rendah diri dan malu..betul tak.. kalo tak berkemampuan tu kes lain la ye...


3.  Shopping barang keperluan persekolahannya..
Yes..ni part yang paling disukainya. Bukan anak je suka, ibu dan ayah pun suka jugak walaupun duit habis kopak. Hehe. Silap2 ibu dan ayah yang excited nak pilih ikut apa yang dia suka.Untuk first day nak ke sekolah ni rasanya xsalah kalau ibu bapa yang berkemampuan lebih sikit tu belikan alat tulis mengikut kesukaan anak-anak kita, misalnya mengikut their favorite cartoon character. Tapi pandai- pandai la ibu ayah manage poket supaya tak over budget.

4.  Sembang- sembang tentang sekolah..Erm.. ni lebih kurang macam kat no 1 tu. Malam sebelum hari pertama ke sekolah tu, tanyalah anak - anak kita perasaannya nak ke sekolah, kerisauannya nak ke sekolah, kira macam nak pampered kan hatinya yang sedang gundah gulana tu lah. Kanak-kanak xpandai nak luahkan perasaannya jadi ibu bapalah kena pandai - pandai ambil hatinya..

5.   Luangkan masa untuk hantar dan jemput anak ke sekolah
Bagi ibu bapa yang bekerja cubalah luangkan masa untuk hantar dan jemput anak ke sekolah semasa hari pertamanya. Lagi baik kalau ambil cuti je pada hari tersebut. Bukan apa biasanya first time suasana baru mesti banyak yang nak dia ceritakan pada kita. Kalau kita rushing ambil dan hantar dia ke taska lepas habis sekolah tentu xsempat dia nak luahkan pada kita fasa baru dalam hidupnya.. hihi ni merujuk pada muhd..setiap hari belum sempat tutup pintu keta lagi dia dah start bercerita pasal taskanya...ayat first mesti..."Ibu, tadikan.....".

6.  Sering berkomunikasi dengan gurunya..
Ibu bapa mestilah sering berkomunikasi dengan guru sekolah anak- anak kita. Selalu bertanya pada guru bagaimana penerimaannya terhadap pelajaran, pergaulannya dengan kawan- kawan di sekolah. Supaya kita dapat kenalpasti kekurangan dan kelebihan anak kita. Sesetengah kanak- kanak berbeza perwatakannya bila di rumah dan disekolah. Misalnya, masa mula- mula muhd duduk di taska, dia agak aktif bila di rumah tetapi bila di taska dia jadi pasif. Sebab di rumah dia deals dengan orang - orang yang dia dah kenal dan dah selesa, jadi dia aktif tapi di taska dia agak kurang selesa dengan orang yang baru dalam hidupnya. Bila saya sering berkomunikasi dengan pengasuhnya, dan saya minta pengasuhnya bersembang- sembang dengannya, lama kelamaan dia jadi selesa dengan keadaan di taska tu. Sekarang hihi pengasuh plak komplen bukan main lasak lagi.

7.   Luangkan masa setiap hari untuk ambil tahu aktiviti anak- anak di sekolah...
Carilah masa yang sesuai untuk bertanya anak- anak apa aktivitinya di sekolah pada hari tersebut. Misalnya, saya menggunakan masa perjalanan balik kerja (dalam kereta) untuk  bertanyakan muhd aktivitinya pada hari tersebut. Kadang- kadang masa bercerita tu lah dia beritahu tadi kawannya pukul ke, cikgu marah ke dll. Tapi muhd kalau kita tanya beria- ria pada dia mesti dia xnak cerita. So ibu kenalah pick up time muhd bercerita tu. hihi...

Erm...so ibu dan ayah yang terasa nervous masa first time nak hantar anak ke sekolah, atau pun anak kita da menunjukkan simptom tantrum tu, bolehlah try beberapa tips kat atas tu. Ilmu yang bermanfaat ni saya dapat dari sini dan saya olahkan mengikut pengalaman saya sendiri.
posted from Bloggeroid

2 November 2014

4 IDEA UNTUK PELBAGAIKAN MENU KETUPAT

Salam...
Ngantuknya mata ni...tapi rase macam nak jugak menulis sket. Lagipun bukan senang nak ada masa mengadap blog malam-malam ni. Selalunya baru nak tulis hp dah jatuh bedebuk atas muka.. Hihi..
Hujung minggu lepas kak hannah sambut besday yang ke-5 tahun..of coz la bertemakan Elsa.. Camtu kan ejaan...aku pun xsure. Penangan elsa sampai semua budak perempuan nak jadi princess skang ni... Tapi okla gak tu benda elok xpe..



Ni la kek for birthday girl...

Oleh kerana semua sibuk nak makan cheese cake ni, so ketupat usik sikit2 jela. Jadi untuk xnak membazirkan ketupat...jom hari2 kita buat menu ketupat...hihi...

Soto

Soto Ayam for breakfast....


Ketupat Goreng

Ketupat Goreng untuk sarapan esoknya...


Ketupat&Kuah Kacang

Ni entry sebelum ni.. tapi cadangan yang bagus untuk menu ketupat...
Ketupat & Sate


Ketupat Sate dan Kuah Kacang...(sila abaikan sup sayur tu ye..)

Erm camana...dah ada idea nak buat ape dengan ketupat yang xhabis...sebenarnya banyak je lagi kot tapi ini je yang sempat buat pasal dah habis dah ketupatnya...ingat nak buat lontong pun xsempat...dah selamat semua masuk perut... Ok done for today...tata...
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)