25 November 2014

7 PERSEDIAAN IBU BAPA PADA HARI PERTAMA ANAK KE SEKOLAH


Alhamdulillah...hari ni masih diberi kesempatan dan kerajinan nak menulis dalam blog ni. ;)

Hari ni pagi- pagi lagi dah sibuk menyiapkan borang pendaftaran sekolah untuk abang Muhammad. Nanti kalau lambat risau pulak sekolah dah penuh. Iyela bila tanya kawan-kawan lain, anak diaorang baru umur 3 tahun pun ibu ayah dah daftar sekolah rendah mana nak masuk. So, dengan semangatnya pagi ni, aku dah applykan Muhammad Tadika JAIM yang berhampiran dengan ofis aku.

Lepas hantar borang pada cikgu tu, hihi aku pulak yang nebes terpikir macam mana muhd dah sekolah nanti. Hihi baru hantar tadika....loghat tul ibu dia. Bukan apa, Muhammad tu jenis yang lambat nak mesra dengan tempat baru. Dia take time nak serasi dengan satu- satu tempat. Jadi aku takut nanti dia kena buli dengan kawan- kawan yang dah otai atau pun yang already brutal.. Sekarang pulak budak-budak sekolah ni dah semakin ganas...masa ni terpikir kan bagus kalau ibu dia ni full time housewife...boleh duk perati dari jauh anak tu. Kalo rasa x selamat, sekejapan je supermom dah datang. Hihi..ataupun jadi cikgu sekolah ke..em boleh pastikan anak aku selamat sentiasa masa kat sekolah...tapi...dah terlambat...

Ok here's some tips... untuk parent yang baru first time nak hantar anak ke sekolah... Selain dari preparekan material anak2, mental mereka pun mesti disiapkan juga supaya nanti xdalah tantrum setiap pagi. Hihi...


PERSEDIAAN BILA ANAK MASUK SEKOLAH...
(Semua yang ditulis disini bukanlah fakta dari orang yang arif tapi cuma hasil pembacaan dan akal logik saya sebagai ibu yang mengalami situasi ini.. )

1.   Beri gambaran kepada anak kita tentang sekolah.
Beritahu mereka perkara yang baik – baik atau yang menarik mengenai sekolah. Secara logiknya, tidak ada orang yang nak pergi tempat yang menakutkan, begitu juga dengan anak kita, so beri input positif tentang sekolah kepada mereka. Buat mereka teruja untuk ke sekolah. Contohnya, beritahu anak kita di sekolah ada ramai kawan-kawan, ada padang permainan, ada nyanyi- nyanyi dll. Untuk first day, kita lebih fokus untuk buat anak minat pada suasana sekolah, belum lagi suasana pembelajaran.. betul tak cikgu – cikgu..

2.  Kenalpasti keperluan mereka pada hari pertama persekolahannya.Ibu bapa perlu mengambil tahu jadual/aktiviti anak disekolah especially untuk hari pertama ni. Siapkan beg sekolahnya, alat tulisnya, bekal makanannya, pakaian sekolahnya dan buku- buku yang perlu dibawanya. Reasonnya, supaya anak kita dapat gambaran sedikit sebanyak tentang suasana sekolahnya nanti. Selain itu, besarlah hatinya bila apa yang diminta oleh guru kelasnya dapat disediakan. Cuba bayangkan bila semua kawan- kawan ada tiba- tiba dia seorang aja yang tak dapat sediakan apa yang diminta oleh gurunya. Mesti dia rasa rendah diri dan malu..betul tak.. kalo tak berkemampuan tu kes lain la ye...


3.  Shopping barang keperluan persekolahannya..
Yes..ni part yang paling disukainya. Bukan anak je suka, ibu dan ayah pun suka jugak walaupun duit habis kopak. Hehe. Silap2 ibu dan ayah yang excited nak pilih ikut apa yang dia suka.Untuk first day nak ke sekolah ni rasanya xsalah kalau ibu bapa yang berkemampuan lebih sikit tu belikan alat tulis mengikut kesukaan anak-anak kita, misalnya mengikut their favorite cartoon character. Tapi pandai- pandai la ibu ayah manage poket supaya tak over budget.

4.  Sembang- sembang tentang sekolah..Erm.. ni lebih kurang macam kat no 1 tu. Malam sebelum hari pertama ke sekolah tu, tanyalah anak - anak kita perasaannya nak ke sekolah, kerisauannya nak ke sekolah, kira macam nak pampered kan hatinya yang sedang gundah gulana tu lah. Kanak-kanak xpandai nak luahkan perasaannya jadi ibu bapalah kena pandai - pandai ambil hatinya..

5.   Luangkan masa untuk hantar dan jemput anak ke sekolah
Bagi ibu bapa yang bekerja cubalah luangkan masa untuk hantar dan jemput anak ke sekolah semasa hari pertamanya. Lagi baik kalau ambil cuti je pada hari tersebut. Bukan apa biasanya first time suasana baru mesti banyak yang nak dia ceritakan pada kita. Kalau kita rushing ambil dan hantar dia ke taska lepas habis sekolah tentu xsempat dia nak luahkan pada kita fasa baru dalam hidupnya.. hihi ni merujuk pada muhd..setiap hari belum sempat tutup pintu keta lagi dia dah start bercerita pasal taskanya...ayat first mesti..."Ibu, tadikan.....".

6.  Sering berkomunikasi dengan gurunya..
Ibu bapa mestilah sering berkomunikasi dengan guru sekolah anak- anak kita. Selalu bertanya pada guru bagaimana penerimaannya terhadap pelajaran, pergaulannya dengan kawan- kawan di sekolah. Supaya kita dapat kenalpasti kekurangan dan kelebihan anak kita. Sesetengah kanak- kanak berbeza perwatakannya bila di rumah dan disekolah. Misalnya, masa mula- mula muhd duduk di taska, dia agak aktif bila di rumah tetapi bila di taska dia jadi pasif. Sebab di rumah dia deals dengan orang - orang yang dia dah kenal dan dah selesa, jadi dia aktif tapi di taska dia agak kurang selesa dengan orang yang baru dalam hidupnya. Bila saya sering berkomunikasi dengan pengasuhnya, dan saya minta pengasuhnya bersembang- sembang dengannya, lama kelamaan dia jadi selesa dengan keadaan di taska tu. Sekarang hihi pengasuh plak komplen bukan main lasak lagi.

7.   Luangkan masa setiap hari untuk ambil tahu aktiviti anak- anak di sekolah...
Carilah masa yang sesuai untuk bertanya anak- anak apa aktivitinya di sekolah pada hari tersebut. Misalnya, saya menggunakan masa perjalanan balik kerja (dalam kereta) untuk  bertanyakan muhd aktivitinya pada hari tersebut. Kadang- kadang masa bercerita tu lah dia beritahu tadi kawannya pukul ke, cikgu marah ke dll. Tapi muhd kalau kita tanya beria- ria pada dia mesti dia xnak cerita. So ibu kenalah pick up time muhd bercerita tu. hihi...

Erm...so ibu dan ayah yang terasa nervous masa first time nak hantar anak ke sekolah, atau pun anak kita da menunjukkan simptom tantrum tu, bolehlah try beberapa tips kat atas tu. Ilmu yang bermanfaat ni saya dapat dari sini dan saya olahkan mengikut pengalaman saya sendiri.
posted from Bloggeroid

2 November 2014

4 IDEA UNTUK PELBAGAIKAN MENU KETUPAT

Salam...
Ngantuknya mata ni...tapi rase macam nak jugak menulis sket. Lagipun bukan senang nak ada masa mengadap blog malam-malam ni. Selalunya baru nak tulis hp dah jatuh bedebuk atas muka.. Hihi..
Hujung minggu lepas kak hannah sambut besday yang ke-5 tahun..of coz la bertemakan Elsa.. Camtu kan ejaan...aku pun xsure. Penangan elsa sampai semua budak perempuan nak jadi princess skang ni... Tapi okla gak tu benda elok xpe..



Ni la kek for birthday girl...

Oleh kerana semua sibuk nak makan cheese cake ni, so ketupat usik sikit2 jela. Jadi untuk xnak membazirkan ketupat...jom hari2 kita buat menu ketupat...hihi...

Soto

Soto Ayam for breakfast....


Ketupat Goreng

Ketupat Goreng untuk sarapan esoknya...


Ketupat&Kuah Kacang

Ni entry sebelum ni.. tapi cadangan yang bagus untuk menu ketupat...
Ketupat & Sate


Ketupat Sate dan Kuah Kacang...(sila abaikan sup sayur tu ye..)

Erm camana...dah ada idea nak buat ape dengan ketupat yang xhabis...sebenarnya banyak je lagi kot tapi ini je yang sempat buat pasal dah habis dah ketupatnya...ingat nak buat lontong pun xsempat...dah selamat semua masuk perut... Ok done for today...tata...
posted from Bloggeroid

19 September 2014

SERUNDING IKAN

Salam..
Ooopss.. Cööking...again and again..hihii..nama pun hobi kan..so kalau weekend xdapat cuba menu baru xsyok la kan. Kebetulan hujung minggu lepas ada family trip ke Primaland PD, jadi dalam kebuntuan berpikir apa menu nak bawa tu termuncul lah serunding ikan ni. Hihi.. Lagipun mak kat kampung siap dah pesan xpayah bawak ape2 pun xpe pasal dia dah bawa nasi dan rendang, kakak plak da bawa spagetti dan lauk ayam. Tapi xbest la kan kalau xde barter trade masa picnic...
At last ni lah menu yang sempat..



Ketupat vs Kuah kacang vs Serunding Ikan



Pernah ke rasa? Actually aku pun xpernah try combination menu ni tapi tengok kat satu blog tu dia ada post kan menu ni. Lebih kurang pantai timur specialty la ni. Tapi yang kelakarnya bile tanya husband dia kata xdalah mana ada kat kelantan makan macam ni. Pastu bile dah siap excited plak nak try.. Ok la kot rasenya pasal dia makan selera je masa tu. Hihi.. Nak tunggu dia memuji...huhu bertuah...so pegang pd prinsip dia je..sedap makan banyak xsedap makan sikit je...

Eh rajin plak nak cerita panjang hari ni..
Ok la just nak remind diri sendri next time.. Kalo ada yang nak try..silalah...

Serunding Ikan
Ikan kembong 3 ekor (dibakar kosong dan dibuang tulang)
Kelapa parut 1/2 biji (digoreng tanpa myk hingga garing dan kekuningan)
*Sebiji bawang besar dan 2 ulas bwg putih
*Gula merah 2-3 sudu besar
*Sebatang serai
*Sedikit halia (lbh kurang 1/2 cm)
*sesudu cilir kisar
*Garam dan gula secukupnya

Kelapa digoreng dan ditumbuk/di blend.
Blend pula atau tumbuk semua bahan bertanda *.
Kemudian masakkan bahan * atas kuali dan tambah sedikit air.
Masak sampai mendidih dan masukkan isi ikan yg telah ditumbuk atau diuraikan dan kelapa yg diblend tadi.
Gaul2...terpulang masing2 utk tahap kekeringan serunding tu. Ok done..



#amikhatisuami#o_O
posted from Bloggeroid

Samosa..Menu Petang-Petang...

Salam... hari ni ada something nak share.. bukan benda baru pun tapi sebab diri yang baru nak rajin. Rasa macam dah lama je rest dari hobby masak memasak ni. Walaupun sebenarnya tiap-tiap hari kena masak tapi masak makanan yang jarang - jarang buat ni rasa macam best sikit. Puas hati je rasa bila dapat try menu yang jarang2 buat, masa cuti hujung minggu ni. Lagi extra puas hati bila suami dan anak-anak makan dengan berselera. Kalau sedap macamana pun tapi bila orang yang nak dijamu tu makan macam x berselera je mesti tension kan.. So misi minggu ni kira berjayalah  sebab suami and anak-anak suka... Huhu...


Samosa Simple...

Inti:
Daging kisar / Daging dicincang halus
Serbuk Kari
Bawang Besar (seulas)
Bawang Putih (2 ulas)
Sayur Campur (Mix Vegetables)
Garam dan Gula

Dadukan bawang besar dan bawang putih.
Tumiskan bawang tadi dan masukkan serbuk kari secukupnya.
masukkan daging yg telah dicincang halus.
masak hingga daging lembut..tambah air selagi belum empuk
tambahkan garam dan gula. Masak hingga inti hingga agak kering.
sejukkan.
Kulit Samosa

belah kulit popia yg saiz besar kpd 3 bhgn.
lipat seperti kon dan isikan inti yg telah disejukkan.
lekatkn hujung dengan air.
goreng dengan api sederhana besar dan toskan menegak spy minyak xtinggal dalam segitiga samosa kita.

Senang je kan..tapi part menggoreng tu memang susah sket la. Kene pandai jaga api. Hihi kalo x xkanla semua ireng samosa ku.. Masa ni dapat dalam 20 keping je sebab buat sikit je inti nye. Siap di frozen kan lagi..#stokminumpetang#


posted from Bloggeroid

13 August 2014

LEMANG PERIUK KERA vs PUDING DIRAJA

Salam Aidilfitri utk semua.. Lamanya x tulis diary maya nie..saja nak kongsikan lemang periuk kera dan puding diraja yang baru first time aku tengok setelah lebih 30 tahun hidup.. Hihi.. Sebelum ni pernah dengar pasal lemang ni dalam cerita upin ipin..igtkan main2 je rupenya betul2 ada.




Rasa lebih kurang lemang buluh tu tapi lebih lembut dan xda kerak2..sedap3...tapi mana gaknya dapat periuk kera banyak2 ni ye..




Haa ni plak puding diraja. Kalo xsilap nama la...




Sedap gak puding ni cume yang aku makan ni terlalu manis. Rasa macam xsusah mana pun buatnya sebab campur je bahan2 kering pastu nak makan tuangkan kuah susu cair je.




Isi puding tu.. Ada biji gajus, ceri,buah prun, roti jala Kot..xsure rase ape..almaklum ler org xpandai masak memang susah nak kenal rase. Hik..hik..

Ok la.. 2 menu lama yang baru ku kenali...
#selamathariraya#maafzahir&batin#...
posted from Bloggeroid

6 July 2014

Pasembor...bulan puasa...

Salam Ramadhan...Alhamdulillah tahun ni sempat lagi berjumpe bulan Ramadhan..semoga Ramadhan tahun ni akan lebih banyak lagi amalan dpt atau sempat nk di buat...
Erm tapi dugaan lak menjengah di awal Ramadhan ni. Tibe2 lak boleh demam...slalu Alhamdulillah antibodi ni kuat je. Xpelah sakit itu menghapuskan dosa2 kecil... Dah demam xdpt la nk berkhidmat utk suami dan ank2 tersayang. Xdapat nak masak untuk berbuka...jawabnye beli je juadah berbuka hari2.
Tapi sejak akhir2 ni macam da risau je nak beli kat bazar ramadhan selalu. Last week heboh cerita roti john penyebab muntah2. Tu yang risau tu biasa benda2 cam ni berjangkit2... Eh dah2 cukup utk intro ni nanti xcukup rest plak. Buat penat je Doctor bg mc...
Just nak share menu mudah utk kuih muih nk berbuka.

PASEMBOR XBERAPA NK PENANG...







Erm senang je kan. Goreng je nudget fishball sosej n potong2..buat kuah lada tu..tambahkan timun sket da jadi cam pasembor kan.. Tapi saya nk kurangkan minyak so fisball saya rebus je..sosej pun rebus dulu pastu baru goreng sekejap..
Ok resepi mudah utk ibu yg lmbt balik kerja..;-)
posted from Bloggeroid

14 June 2014

Angel Hair Bolognese...

Salam.

Happynye bila tibe hujung minggu semula. Walaupun sekarang ni rase macam seminggu ada 5 hari je.. Sekejap2 da habis seminggu. Xtaula nak kata either keje banyak sgt or memang masa yang berlalu semakin cepat.
Apapun weekend cam ni kene manfaatkan masa yang ada untuk layan hobi kita...

:-) Jom layan breakfast menu utk pagi ni..








Hehe yang ni bukan makanan...urm..ni aktiviti lepas sarapan..pi pasar and trus singgah jalan2 cuci mata kat mydin..
posted from Bloggeroid

8 June 2014

ROTI SOSEJ

Salam. Hari ni ada mood nak update blog ni. Idea nak tulis macam banyak je tapi rase macam xcukup masa je nak menterjemahkan idea tu ke atas page ni.. Apapun just nak menambah koleksi menu yang pernah dicuba..supaya next time bole tengok2 smula. Menu untuk minum petang...



Sosej tu direbus dahulu...
Roti pulak dileperkan atau digelek dengan gelas.. Balutkan sosej dengan roti dan salutkan dengan bancuhan tepung gandum (cair sket dari bancuhan cekodok)..
Goreng dengan api kuat supaya xserap minyak..



Selalu orang salut dengan telur tapi aku prefer salut tepung sbb kurang berminyak.. #akummgpeminattepung#
Enjoy ur tea time...;)
posted from Bloggeroid

8 May 2014

Main masak masak.. Mini burger..

Salam... Sape ada extra time.. Jom try menu ni.. Kalo rasa macam xcukup masa xpayah cuba..;) Actually ni burger biasa cume di'cute'kan saiznya supaya comel and jadi muai orang kata. Bila muai ramai dapat merasa nanti...

Sesuai nak bawa pi picnic.. Alternatif lain selain nudget and sandwich..

First sekali steamkan daging burger biar lembut. Pastu hancur2 kan pakai garfu pun boleh. Haritu suka2 tambah sket lada hitam yang ditumbuk kasar. Then bulat2kan dan tepek2 sket macam buat begedil. Goreng api slow....dan seterusnya msak burger cam biasa la..salutkan telur..ltakkan keju kraft...tambahkan salad(tp msa ni xda stok).. Picitkan sket sos dan mayonis...



Ni first time buat for breakfast...dapat idea sbb daging burger ada 2 tapi kepala yang nak makan ada 4...hihi


Erm..masa ni bawa pi picnic kat Dataran Sejarah..
Kalo nak senang makan boleh cucukkan lidi kat burger tu tapi kalo ada yang kecik2 jangan sesekali amik risiko...


Abang suka..


Adik nampak xberapa suka ataupun sebab adik belum pandai nak makan makanan yang dikapit2..

Ok la habis type, orang bujang ni pun da lelap..nak tidurkan sorang lagi plak.. Out...
posted from Bloggeroid

26 April 2014

Marble Cake...

Selamat minum petang...
Yeay...my fav cake da siap. Orang sume da ubah selera bandar makan modern cake tapi aku tetap fav cake ni gak...kek marble... Hee..
Tapi yang xbestnye setiap kali buat kek ni mesti hasilnye xconsistant. Kadang jadi kadang x..padahal senang je ek...
Xpelah yang penting kali ni menjadi...sbbnye zul makan banyak dari selalu...
Huhu...


Ni lah dia penguat semangat ibu... Sentiasa excited dengan percubaan2 ibu..



Erm..xseni lansung corak marble yang terhasil..

Masa untuk ngap...ngap...ngap...

Next time boleh follow resepi yang ni...senang and sedap...out...
posted from Bloggeroid

18 April 2014

Macaroni Goreng Kampung...

Salam...
Just nk share my weekend menu tp weekend bila jangan tanya pasal dah berkurun2 lamanya...






Amacam jadi ke macaroni goreng kampung ni.. Sebenarnya bukanla mcm ns goreng kampung ke ape...cume gaya masak tu ala masak mee goreng malaysia je. Xde campuran cheese atau rempah2 omputih lansung.
This my first try on macaroni...tp masa 2nd times buat hr tu lagi colourful and lg sedap aku rase. Cume gambar xde malas nk snap, nnt zul meluat...huhu...
Out..
posted from Bloggeroid

22 January 2014

WELCOME NOTE 2014...

Assalamualaikum...welcome 2014...

Hehe orang dah nak habis January dah baru nak wish Happy New Year...

Sebenarnya baru ada kelapangan nak mengupdate blog ni. Dah lama terlupa dah kat blog ni, maklumlah 2014 datang bersama macam- macam masalah nak di setelkan. First kad bank hilang, lepas tu adik asef demam berulang-ulang, lepas tu abang muhd kene asma lagi.. Bulan Januari lagi, dah 3 hari cuti tahun digunakan, xtaula tahun ni cukup ke tak cuti sampai hujung tahun ntah. Tahun lepas sampai 0 balance cuti tahun. Huhu orang pandai guna cuti namanya...


Em biasa lah kan, awal2 tahun benda yang perlu tukar atas meja ofis mestilah kalender. Tul x...supaya senang nak setting segala hal. Kalau x ada rase macam xlengkap je kan, walaupun kat moniter pc dah ada dah tulis tarikh, kat jam ada tulis tarikh, kat handphone ada dah tapi yang conventional tetap the best. Tak taula kalau orang lain..hehe... Erm biasanya memang xsusahla nak dapatkan kalender ni, terutama kalau kedai susu tepung budak kecik, biasa memang ada la bagi percuma kalender. Tapi yang nak ceritanya, pasal kalender yang cantik dan kreatif ni. Baru-baru ni beli produk libresse, dapat percuma kalender meja yang cantik dan sweet ni. Memang berkenan betul aku dengan hadiah- hadiah dari libresse ni. Rasa macam menaikkan semangat...hehe...xcaya meh tengok ni.

Ada ruang utk tulis2 atau lukis......
Haa ni plak siap bole main netball lagi tau...
A cup of coffee utk isi ape2 note penting.. 

Mirror tu boleh lukis2 dan padam balik...
yang ni pulak ada photo frame comel utk gambar kita..


Ni gambar depan dia..biasa je pun ek..
 Syok kan kalender ni. Diary libresse yang aku dapat sebelum ni pun best siap ada sticker2 lagi untuk lekat2. Sampai skang aku belum tulis ape2 lagi kat situ pasal sayang nanti masuk tulisan aku yang ikut mood ni, dah xcantik lak dia.. ;) haha...Tapi sebenarnya kalau ada kalender yang ni pun dah ok dah ek.. Jelas dan terang... confirm xsalah tarikh...


Ok la, xleh ngarut panjang2 sangat pasal time keje.. hehe..azam baru..menjadi lebih amanah dengan masa...
InsyaAllah....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)